![]() |
Pulau Pinang negerinya baru,
Kapten Light menjadi Raja,
Bila terkenang zaman dahulu,
Duduk mengalir air mata,
Orang Melayu di Pulau Pinang sudah mula hilang kedudukan mereka dalam negeri pulau mutiara yang membangun dengan pesat dan pantas hasil daripada pengisytiharannya sebagai pulau bebas cukai oleh British.
Deretan kedai-kedai dan rumah-rumah batu telah diduduki oleh ‘orang lain’, orang-orang Melayu terpaksa berpindah daripada pembangunan bandaraya Pulau Pinang kerana:
1. Mereka menjual hartanah mereka kerana tawaran untuk membeli hartanah mereka begitu tinggi.
2. Mereka semua miskin dan tidak mampu membeli atau menyewa bangunan kedai atau rumah kediaman yang didirikan, selepas menjual tanah mereka.
3. Apabila pembangunan sampai ke kawasan orang Melayu, mereka sekali lagi menjual tanah dan berpindah jauh daripada pembangunan.
Lama-kelamaan mereka akan terus tenggelam dalam masyarakat ‘asing’ yang semakin bertambah di kawasan yang telah dibangunkan dan hidup mewah. Itulah nasib hidup, menjadi kumpulan orang yang terasing di negeri sendiri. Maka mengalirlah air mata mereka.
Seperti yang terungkap di dalam lirik ‘Anak Kecil Main Api’ yang memetik ungkapan ‘TANAH DIPIJAK MILIK ORANG”. Dan ungkapan ini akan menjadi realiti kepada orang Melayu jika mereka sering berundur dan melarikan diri dari pembangunan.
Pesoalannya:
1) Sampai bilakah orang dari golongan yang berbangsa Melayu ini akan terus lari dari pembangunan?
2) Siapakah yang benar-benar akan membela nasib golongan ini sedangkan hulubalang-hulubalang yang dipilih menduduki takhta singgahsana sering bertelagah sesama mereka?
3) Akan adakah realiti dari ungkapan “TANAH DIPIJAK MILIK ORANG”?
Dengan mengungkap kata-kata daripada mantan Perdana Menteri Tun Matahir Bin Mohammad...
“Ini jaminan yang diberi kepada bangsa Melayu. Kita akan terus Melayu walaupun hanya menjadi pemandu kereta, buruh kasar, budak pejabat. Kita Melayu juga. Tak perlu mengalir air mata.”
No comments:
Post a Comment